Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

1.7 juta belum miliki rumah sendiri

Walaupun jumlah keseluruhan rumah di Malaysia sehingga Jun 2013 sebanyak 4.67 juta unit, masih terdapat lagi rakyat yang masih belum mampu memiliki rumah sendiri.

Menurut Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan, seramai 1.7 juta isi rumah di Malaysia belum memiliki kediaman sendiri.

rumahJusteru itu, kata beliau kerajaan Barisan Nasional (BN) merancang untuk menyediakan satu juta rumah dalam tempoh lima tahun akan datang bagi menampung keperluan isi rumah yang masih menyewa.

Katanya, rumah-rumah tersebut akan dibina melalui kementerian, Perbadanan Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA), Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) dan pemaju-pemaju swasta.

“Sehingga September ini, Perbadanan PR1MA Malaysia, Jabatan Perdana Menteri telah meluluskan 30 projek rumah mampu milik yang melibatkan 44,227 unit rumah di seluruh negara dan lokasi yang dikenal pasti ialah Sabah, Johor, Perak, Pahang, Sarawak, Pulau Pinang dan Selangor.

“Jumlah rumah mampu milik yang dibina SPNB pula bagi tempoh 2011 sehingga September ini ialah 3,614 unit di seluruh negara,” kata beliau ketika menjawab soalan lisan ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said di Dewan Rakyat, Khamis.

Azalina dalam soalannya meminta kementerian menyatakan berapakah jumlah penduduk yang telah berjaya membeli rumah di bawah pelbagai inisiatif-inisiatif kerajaan di bawah PR1MA, SPNB dan Jabatan Perumahan Negara.

Abdul Rahman berkata, kerajaan juga komited dalam menyediakan rumah mampu milik untuk golongan yang berpendapatan rendah di bawah Program Perumahan Rakyat (PPR)

“Sehingga September 2013, sebanyak 93 projek dengan jumlah 69,336 unit rumah telah disiapkan.

Tambah beliau, enam lagi projek melibatkan 3,080 unit rumah dibangunkan di Melaka, Kedah dan Kelantan. -24/10/2013

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 24 October 2013 6:27 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: