Kategori Berita Antarabangsa

1 maut, 3 cedera ditikam di Universiti Texas

2 MEI: Seorang lelaki bersenjata pisau mengamuk di Universiti Texas di sini, membunuh seorang pelajar dan mencederakan tiga yang lain, menurut polis.

Suspek yang dikenali sebagai Kendrex White, ditangkap dua minit selepas polis kampus menerima laporan serangan itu.

White disoal siasat polis dan dakwaan rasmi berkaitan serangan itu akan dilakukan tidak lama lagi.

“Saya tidak mahu motifnya,” kata Ketua Polis Austin, David Carter, pada sidang media.

Semua mangsa ditemui di kawasan blok dan semuanya lelaki berusia 20 atau 21 tahun.

Nama mereka tidak didedahkan.

“Tiada kata-kata untuk menggambarkan kesedihan saya,” kata Presiden universiti, Greg Fenves.

Mangsa yang terbunuh ditemui mati di tempat kejadian, kata Kapten Perkhidmatan Perubatan Kecemasan Austin-Travis, Rick Rutledge.

Universiti berkenaan membatalkan kelas untuk hari itu.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 2 May 2017 10:55 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: