Kategori Berita Antarabangsa

1 maut, 8 cedera serangan di masjid Syiah

26 MAC: Sekurang-kurangnya seorang maut sementara lapan lagi dilaporkan cedera dalam serangan bunuh diri berhampiran sebuah masjid Syiah di Barat Herat, Afghanistan pada Ahad.

Daish dalam kenyataan menerusi agensi berita Amaq miliknya mengaku bertanggungjawab terhadap serangan itu.

Menurut Timbalan Ketua Polis Aminullah Amin, dua lelaki cuba memasuki masjid berkenaan namun dihalang pengawal keselamatan.

Mereka kemudian bertindak meletupkan diri selepas pasukan keselamatan melepaskan tembakan.

Minggu lalu 30 orang maut dalam letupan di Kabul ketika pengikut Syiah meraikan perayaan Nawruz, tahun baharu Persia.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 26 March 2018 9:19 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: