Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

10 barang dalam skim harga kawalan Ramadhan

19 MEI: Sejumlah sepuluh barangan tersenarai dalam ‘Skim Kawalan Harga Bulan Ramadan 2017’ selama 10 hari bermula 22 Mei hingga 31 Mei ini di seluruh negara.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, barang-barang berkenaan adalah kacang tanah, kacang hijau, telur ayam gred A, B dan C serta kelapa biji, kelapa parut, gula pasir putih halus dan kasar serta tepung gandum.

“Skim ini pertama kali dilaksanakan berikutan saranan orang ramai berhubung kenaikan harga barangan tertentu menjelang bulan Ramadan.

“Ianya bertujuan menyekat kenaikan harga yang tidak berpatutan dan mencegah amalan mencatut dalam kalangan peniaga menjelang Ramadan dan semasa Ramadan,” katanya selepas pengumuman Skim Kawalan Harga Bulan Ramadan 2017, Sepang, Jumaat.

Tegas Hamzah, skim ini berkuatkuasa lima hari sebelum Ramadan dan lima hari semasa Ramadan adalah antara langkah kerajaan mengurangkan bebanan kos sara hidup rakyat .

“Peniaga diwajibkan menjual barangan harga terkawal tidak melebihi harga maksimum dan meletakkan tanda harga khas merah jambu ke atas barangan harga terkawal bagi membezakan dengan barangan lain,” katanya.

Beliau berkata, tindakan tegas akan diambil terhadap mereka yang gagal mematuhi peraturan mengikut skim ini di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.

“Pegawai penguatkuasa akan berada di lokasi-lokasi seperti pasar awam, pasar pagi dan pasar tani untuk pemeriksaan dan pemantauan,” katanya.

Share This:




Berita Bertarikh pada 19 May 2017 8:13 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]