Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

10 warga Malaysia terbabit kebakaran di Christchurch

13 SEPT: Seramai 10 warga Malaysia disahkan terbabit dalam satu kejadian kebakaran di Christchurch, New Zealand pada Ahad lalu, kata Wisma Putra.

Kementerian Luar berkata dua mangsa dikejarkan ke Hospital Umum Christchurch dan dilaporkan dalm keadaan stabil.

“Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Wellington sedang memantau keadaan mereka dan akan menghulurkan bantuan yang perlu.

“Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular di New Zealand boleh menghubungi Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Wellington, kata kenyataan itu hari ini.

Dalam kejadian itu, kumpulan rakyat Malaysia itu menyewa sebuah rumah Airbnb dan kesemua mereka cuba memadamkan api kebakaran yang berlaku jam 8.30 malam.

Akibat kejadian itu rumah kayu tiga tingkat di tepi pantai di pinggir Sumner musnah teruk.

Share This:




Berita Bertarikh pada 13 September 2017 5:54 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]