Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

100 ribu jawatan kosong dalam sektor awam 2014

3 JAN: Kira-kira 100,000 kekosongan jawatan dalam perkhidmatan awam dijangka perlu diisi melibatkan pelbagai kementerian, agensi dan kerajaan negeri pada tahun ini, kata Pengerusi SPA Tan Sri Mahmood Adam Jumaat.

“Kebanyakan kekosongan di peringkat kumpulan sokongan memandangkan lebih 70 peratus jawatan dalam perkhidmatan awam ketika ini diisi kumpulan itu,” katanya dalam sidang media di Putrajaya.

Sehubungan itu Mahmood mempelawa calon-calon yang berminat menyertai perkhidmatan awam untuk menyertai seminar dan kursus ‘Tip Panduan bagi Memasuki Perkhidmatan Awam’ yang akan diadakan di seluruh negara bermula esok.

Mahmood berkata SPA akan sentiasa memastikan calon-calon yang dilantik dalam perkhidmatan awam bukan sahaja memiliki kelulusan, kelayakan dan kebolehan, tetapi juga mempunyai kualiti teras antaranya cepat dan tepat, serta produktif, kreatif dan inovatif.-bnbbc.my

peluang kerja gomen

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 3 January 2014 3:39 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: