Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

1,000 anggota ATM terima sumbangan tambang balik raya

20 JUN: Hampir 1,000 anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bujang hari ini menerima sumbangan tambang balik raya percuma sempena Hari Raya Aidilfitri.

Ahli Parlimen Setiawangsa, Datuk Ahmad Fauzi Zahari berkata, sumbangan itu bertujuan meringankan bebanan anggota ATM yang belum berkahwin untuk pulang ke kampung masing-masing.

“Program seumpamanya ini diadakan setiap tahun menjelang perayaan dan sumbangan ini diharap dapat membolehkan anggota meraikan hari raya bersama-sama keluarga tercinta,” katanya ketika ditemui dalam majlis Penyampaian Sumbangan Tambang Balik Raya kepada Anggota Bujang Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Ibu Negara.

Yang turut hadir Pengarah Sekretariat Markas ATM, Kolonel Ahmad Fareed Arifin dan Pegawai Memerintah Kem Kementah, Leftenan Kolonel Anuar Al Sadqi Arifin.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 20 June 2017 11:22 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: