Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

1,000 murid Parlimen PJ Selatan terima bantuan KP1M

10 DIS: Sejumlah 1,000 murid yang kurang bernasib baik di kawasan Parlimen Petaling Jaya Selatan menerima sumbangkan peralatan persekolahan dari Kelab Putera 1Malaysia (KP1M).

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan Pahang, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsuddin yang mewakili Presiden KP1M, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim berkata kelab itu cuba meringankan beban kesemua ibu bapa yang berpendapatan rendah sempena persekolahan 2018.

Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsuddin (tengah) bergambar bersama murid yang menerima sumbangan bantuan persekolahan dari KP1M.

“Selain Petaling Jaya Selatan, 1,000 murid disetiap 73 kawasan parlimen dari seluruh negara turut berpeluang menerima manfaat ini yang tidak mengira bangsa, agama mahu pun parti politik,” kata ADUN Lanchang itu.

Sharkar berkata demikian selepas menyempurnakan Program Penyampaian Uniform Sekolah ‘Happy 2 School’ di Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Medan, Petaling Jaya hari ini.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 10 December 2017 2:43 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: