Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

104 pesakit, 4 bayi dipindahkan dari Hospital P.Pinang

5 NOV: Seramai 104 pesakit dan empat bayi dipindahkan ke wad-wad lebih selamat selepas Hospital Pulau Pinang (HPP) turut dilanda banjir sejak awal pagi tadi.

Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr. M. Sukumar berkata, arahan pengungsian pesakit dilaksanakan sekitar pukul 2.30 pagi sehingga 5.30 pagi tadi membabitkan empat wad pesakit dan wad Rawatan Rapi Neonatal.

Bagaimanapun, menurut beliau, tiada kejadian tidak diingini berlaku dan semua pesakit mendapat rawatan yang sewajarnya.

Malah, ujarnya, perkhidmatan rawat pesakit luar dan pesakit dalam termasuk perkhidmatan ambulans juga masih diteruskan seperti biasa.

“Sehubungan itu, kita memohon orang ramai tidak menyebarkan maklumat tidak tepat berkaitan kejadian ini sehingga mencetuskan suasana panik kepada waris pesakit,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 5 November 2017 12:12 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: