Kategori Berita Antarabangsa

11 maut dalam serangan parti kanak-kanak

14 JULAI: Empat lelaki bertopeng menyerbu sebuah parti kanak-kanak di Mexico dan menetak mati 11 orang, dalam kes pembunuhan terbaru di negara yang terkenal dengan keganasan itu.

“Polis tiba di lokasi serangan ngeri itu selepas menerima panggilan kecemasan pada tengah malam di bandar Tizayuca di Hidalgo,” kata pihak berkuasa.

Beberapa jiran berkata, empat lelaki menyerbu sebuah khemah putih, lokasi keluarga itu menganjurkan parti kanak-kanak di luar rumah mereka.

Pendakwa raya, Javier Lara, berkata mereka menikam mati tujuh wanita, dua lelaki dan dua kanak-kanak.

Lara berkata, pembunuhan dipercayai bermotifkan dendam, selain memaklumkan tuan rumah terbabit dalam jenayah terancang. “Beliau mempunyai pelbagai rekod jenayah, termasuk penculikan dan pernah dipenjarakan.

“Kita boleh menganggap ia kes balas dendam. Beberapa bukti menunjukkan kumpulan pembunuh dihantar ke rumah ini untuk membunuh mangsa,” katanya.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 14 July 2017 11:32 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: