Kategori Berita Antarabangsa

11 maut pesawat tentera terhempas di Colombia

1 OGOS: Seramai 11 orang terbunuh selepas sebuah pesawat tentera udara Colombia terhempas akibat masalah mekanikal.

Presiden Juan Manuel Santos mengumumkan seramai 12 orang terbunuh akibat kejadian itu, tetapi pengawai penyiasat mengesahkan jumlah kematian hanya melibatkan 11 orang sahaja.

peswat_tentera_colombiaSantos dalam laman Twitternya melahirkan kesedihan terhadap kematian tersebut dan mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa.

Pemimpin tertinggi Colombia itu berkata, pesawat tentera berkenaan telah menghantar isyarat mengenai masalah enjin sebelum terhempas.

Nahas itu berlaku di Las Palomas yang terletak kira-kira 800 kilometer dari Bogota.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 2 August 2015 12:06 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: