Kategori Berita Antarabangsa

11 terbunuh pesawat terhempas di utara Tanzania

16 NOV: Seramai 11 orang disahkan terbunuh selepas pesawat yang mereka naiki terhempas di utara Tanzania, lapor syarikat penerbangan Coastal Aviation hari ini.

Model Cessna Caravan

Difahamkan, pesawat Cessna Caravan yang membawa juruterbang dan 10 orang penumpang itu terhempas di kawasan kawah Empakaai.

Pengarah Urusan Coastal Aviation, Julian Edmunds berkata, nama penumpang dan kru terpaksa dirahsiakan sebelum dimaklumkan kepada keluarga masing-masing.

“Memang kami terkejut. Kejadian ini sangat dahsyat kerana saya kerap menerbangkan pesawat kami sebelum ini.

“Bagi pihak seluruh pasukan di Coastal, kami akan melakukan apa terdaya untuk membantu siasatan,” katanya. -AFP

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 16 November 2017 9:42 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: