Kategori Berita Utama

1,197 polis dan pasangan mengundi awal di Kajang Rabu

19 MAC: Proses pengundian awal Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) N25 Kajang yang berlangsung sejak jam 8 pagi Rabu di tiga saluran berjalan dengan lancar.

Tiga saluran bagi pengundi awal  PRK Kajang ialah di Dewan Sultan Haji Ahmad Shah, Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM), Cheras, serta dua lagi di Dewan Anjung Forensik PDRM dan Rumah Perkep, kedua-duanya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang.

Proses mengundi awal hari ini membabitkan 1, 197 anggota polis dan pasangan mereka dan akan berlangsung sehingga jam 5 petang.

Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Abd Ghani Salleh menyangkal dakwaan terdapat penambahan mendadak pengundi awal seperti yang dilaporkan media pro-pembangkang.

Kata Abd Ghani, hanya terdapat penambahan 17 orang penambahan pengundi awal berbanding pilihan raya sebelum ini iaitu Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU-13) pada Mei lalu.

IMG-20140319-WA0019

Calon BN, Datin Paduka Chew Mei Fun meluangkan masa meninjau proses undi awal yang akan berlangsung mulai jam 9 ppagfi hingga 5 petang Rabu.
-Foto bnbbc.my oleh Heikal Rosli

Calon Barisan Nasional (BN), Datin Paduka Chong Mei Fun dilihat turut hadir melawat ke pusat mengundi di Dewan Sultan Haji Ahmad Shah, Maktab PDRM kira-kira pukul 9 pagi tadi.

Kaedah mencelup jari ke dalam dakwat kekal terus diguna pakai pada PRK DUN Kajang ini, seperti mana yang dilaksanakan pada dua PRK sebelum ini iaitu di Kuala Besut, Terengganu dan Sungai Limau, Kedah.

PRK Kajang diadakan selepas Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Lee Chin Cheh dari PKR meletakkan jawatan pada 27 Januari lalu.

Mei Fun bakal berdepan calon PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang juga Presiden parti itu.

Hari pengundian bagi 38,081 pemilih biasa akan berlangsung pada 23 Mac ini sebagaimana yang ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).-bnbbc.my

IMG-20140319-WA0008

Anggota polis yang berdaftar sebagai pengundi awal di Kajang berbaris untuk menunaikan tanggungjawap.

IMG-20140319-WA0015

Antara anggota yang sudah selesai mengundi.

 

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 19 March 2014 10:47 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: