Kategori Uncategorized

12 maut 25 cedera keretapi tergelincir di India

5 OGOS: Sekurang-kurangnya 12 maut apabila beberapa gerabak dua kereta api penumpang tergelincir di tengah India, malam Selasa.

“Terdapat 12 orang maut,” kata jurucakap Perkhidmatan Keretapi Tengah India, Piyush Mathur kepada rangkaian penyiaran CNN-IBN.

keretapi india tergelincirPenyelamat kini sedang menjalankan operasi carian dalam kegelapan.

Piyush Mathur dipetik sebagai berkata beberapa ratus orang telah diselamatkan selepas kereta api itu tergelincir dalam beberapa minit antara satu sama lain berhampiran bandar Harda pada kira-kira jam 11:30 pada hari Selasa.

“Terdapat 12 mangsa maut,” Mathur dipetik sebagai beritahu kepada rangkaian CNN-IBN, sambil menambah bahawa jumlah kematian boleh meningkat.

Seramai 25 orang telah cedera, seorang pegawai kedua berkata, sambil menambah bahawa gerabak kereta api tidak jatuh ke dalam sungai.

Polis dan doktor telah dikerahkan ke tempat kejadian, dengan rakaman televisyen menunjukkan bekalan perubatan yang bertimbun di platform stesen yang berhampiran.

“Operasi menyelamat giat dijalankan. Keadaan masih dikawal dan sebahagian besar orang telah diselamatkan,” Saxena dipetik sebagai berritahu kepada rangkaian NDTV.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 5 August 2015 10:55 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: