Kategori Berita Antarabangsa

Ancaman Daesh di Asia, pasukan keselamatan tingkatkan kawalan

14 JUN: Kewujudan kumpulan militan Daesh dikesan di hampir semua daerah di Indonesia, negara yang mempunyai majoriti penduduk Islam terbesar di dunia.

Menurut Ketua Tentera, Jeneral Gatot Nurmantyo, terdapat sel sulit tidak aktif di seluruh kepulauan negara itu yang mencetuskan kebimbangan mengenai pengaruh Daesh dipercayai semakin berkembang di Asia Tenggara.

“Selepas menjalankan pemerhatian, kami lihat hampir setiap wilayah mempunyai sel Daesh, namun ia tidak aktif. Sel yang tidak aktif itu bagaimanapun dikhuatiri boleh bergabung dengan sel radikal,” katanya.

Kerajaan di seluruh rantau berkenaan juga kini berada dalam keadaan berjaga-jaga sejak kemunculan militan dari negara Asia Tenggara yang dikaitkan dengan Daesh dan menguasai sebuah bandar di selatan Filipina kira-kira tiga minggu lalu.

Susulan itu, Malaysia dan Indonesia telah meningkatkan kawalan keselamatan sebagai usaha menghalang anggota militan melarikan diri dari Marawi ke sempadan yang dikongsi dengan Manila.

“Adalah mudah untuk menyelinap masuk ke Indonesia dari Marawi.

“Jadi, kita perlu berwaspada dengan sel militan di negara ini,” menurut Nurmantyo. – Reuters

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 14 June 2017 12:25 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: