Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

126 dipindah akibat banjir di Sarawak

21 DIS: Seramai 126 penduduk di Lawas, Limbang dan Tatau, Sarawak berada di pusat pemindahan akibat banjir sejak semalam.

Pusat Gerakan Operasi Banjir Sarawak melaporkan kebanyakan mangsa banjir itu adalah dari Lawas iaitu seramai 73 penduduk, diikuti Limbang (32 orang) dan Tatau (21 orang).

Jurucakap pusat itu berkata, semua penduduk terbabit ditempatkan di lima pusat pemindahan iaitu di Kampung Lubai Abas dan Dewan Masyarakat Trusan di Lawas.

“Manakala, di Limbang semua mangsa banjir ditempatkan di Dewan Masyarakat Mendamit dan di Tatau mereka ditempatkan di Dewan Sukan Tatau,” katanya hari ini.

Pada masa sama, berikutan keadaan cuaca tidak menentu, semua penduduk di  Sarawak diminta mengambil langkah berjaga-jaga.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 21 December 2017 11:17 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: