Kategori Ekonomi

Diskriminasi sawit di Eropah masih berlaku

17 JUN: Tindakan beberapa negara Eropah yang melakukan diskriminasi terhadap Malaysia susulan tidak menggunakan logo yang sah terhadap produk minyak sawit yang dipasarkan di benua tersebut amatlah dikesali.

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Mah Siew Keong mengecam dan menyifatkan ia sebagai tindakan tidak adil kepada Malaysia yang sentiasa mematuhi piawaian kemampaman pengeluaran minyak sawit yang ditetapkan.

“Pada 2 Jun lalu, Mahkamah Rayuan di Belgium bagaimanapun memutuskan penjualan produk minyak sawit tanpa mempamerkan logo minyak sawit yang sah perlu dihentikan segera.

“Tetapi lebih 1,600 produk kelapa sawit di Itali tanpa logo minyak sawit dibenarkan,” katanya, Sabtu.

Sehubungan itu, Siew Keong berkata, keputusan mahkamah yang memihak kepada Malaysia akan digunakan untuk menjelaskan kepada negara-negara Kesatuan Eropah (EU) tentang senario sebenar tanaman kelapa sawit di Malaysia.

Siew Keong berkata pihaknya akan mengadakan pertemuan dengan ahli-ahli Parlimen Eropah pada bulan depan untuk menjelaskan pendirian dan ketegasan Malaysia mengenai minyak kelapa sawit.

“Malaysia memandang serius isu alam sekitar dan pemusnahan hutan seperti yang didakwa ke atas Malaysia dan membawa deklarasi memboikot produk sawit oleh EU.

“Saya memberi jaminan kepada EU yang membawa Deklarasi 2020 bahawa tanaman sawit mesti berasaskan sumber-sumber mampan serta pada akhir 2019 semua ekport minyak sawit ke Eropah dari para pengusaha kecil perlu memiliki Sijil Kemampanan Kelapa Sawit,” katanya.

Share This:




Berita Bertarikh pada 17 June 2017 5:14 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]