Kategori Berita Antarabangsa

13 askar marin Filipina maut bertempur dengan militan

10 JUN: Seramai 13 askar marin Filipina terbunuh dalam pertempuran dengan militan yang menguasai sebahagian daripada bandar Marawi, menurut jurucakap tentera.

“Kami sedih dengan kejadian itu…ada kematian di pihak kerajaan. Kami mengalami 13 kematian,” kata Leftenan Kolonel Jo-ar Herrera pada sidang media hari ini.

Sejak tiga minggu lalu, Marawi yang dihuni kira-kira 200,000 penduduk dilanda krisis selepas dikuasai oleh pemberontak Maute dan kerajaan Filipina mengumumkan kawasan berkenaan menjadi sarang pengganas yang turut membabitkan militan dari Malaysia dan Indonesia serta menarik gerakan radikal di Asia Tenggara yang lain.

Militan kini mengawal beberapa bangunan kerajaan, termasuk penjara.

Presiden, Rodrigo Duterte mengisytiharkan undang-undang tentera di bandar itu selepas berlaku pertempuran sengit di antara tentera dan militan yang dikaitkan dengan kumpulan Daesh.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 10 June 2017 11:50 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: