Kategori Berita Antarabangsa

13 maut insiden bot karam di Makassar

14 JUN: Sebuah bot penumpang yang dipercayai membawa lebih 70 penumpang, karam dipukul ombak besar menyebabkan 13 maut di perairan Makassar, Sulawesi Selatan.

Menurut jurucakap Polis Sulawesi Selatan, Dicky Sondani, dalam kejadian 1 tengahari semalam, bot buatan kayu itu dalam perjalanan dari Pulau Barrang Lompo menuju ke Pelabuhan Paotere, Kecamatan Ujung Tanah, Makassar.

Gambar hiasan

“Bot itu hanya boleh membawa belasan penumpang sahaja, berlaku lebih penumpang,” katanya.

Media dalam talian di Indonesia melaporkan semua penumpang yang selamat telah dibawa ke hospital di Makassar untuk mendapatkan rawatan.

Sebanyak 13 disahkan terkorban setakat ini, manakala 63 penumpang diselamatkan dan daripada jumlah yang selamat itu sebanyak 39 mengalami kecederaan, kata Dicky.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 14 June 2018 6:38 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: