Kategori Berita Antarabangsa

Gempa bumi landa Korea Utara

13 OKT: Gempa bumi kecil menggegarkan kawasan berhampiran lapangan ujian nuklear Korea Utara namun dikatakan seperti bukan buatan manusia.

Insiden itu adalah perkembangan terbaharu di Korea Utara selepas Pyongyang menjalankan ujian nuklear keenam dan terbesarnya pada awal September lalu.

Gempa bumi hari ini merekodkan kekuatan 2.7 magnitud dan berlaku pada kedalaman tiga kilometer di utara wilayah Hamgyong berhampiran lapangan ujian nuklear Punggye-ri di Korea Utara, kata Pentadbir Meteorologi Korea Selatan.

Peninjau Geologi Amerika Syarikat (USGS) merekodkan gempa bumi sekuat 2.9 magnitud pada kedalaman lima kilometer dan berkata bahawa ianya tidak dapat menentukan sama ada semula jadi atau buatan manusia, lapor Reuters.

Menurut USGS, gempa bumi itu adalah gegaran susulan selepas ujian nuklear keenam Korea Utara pada 3 September lalu yang mencetuskan gempa bumi 6.3 magnitud.

Share This:




Berita Bertarikh pada 13 October 2017 10:59 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]