Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

14 maut di jalanraya awal pagi Khamis

27 FEB: Empat beranak, empat sekawan, dan empat pelajar antara 14 orang yang maut, termasuk empat daripadanya rentung dalam kemalangan jalanraya di empat lokasi berasingan pada awal pagi Khamis.

Di SELANGOR, empat lelaki rentung manakala seorang lagi cedera ringan selepas kereta yang mereka naiki terbabas lalu merempuh tembok kedai emas di Batu 10 Jalan Kapar, kira-kira jam 3.30 pagi tadi.

Kelima-lima mangsa dipercayai dalam perjalanan dari arah Klang menghala ke Kapar apabila kereta yang dipandu laju itu terbabas melanggar lampu isyarat di selekoh jalan itu sebelum merempuh tembok kedai berkenaan.

Mayat mangsa sudah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk bedah siasat.

DI NEGERI SEMBILAN, seorang pemandu dan kelindan lori Pos Laju maut dalam kemalangan membabitkan dua buah treler, sebuah lori dan sebuah motosikal di Kilometer 251.9 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS), arah selatan jam 4.10 pagi tadi.

Pemandu lori Pos Laju yang meninggal dikenalisebagai Hasmadi Safar manakala kelindannya, Mohd Shahrim Mohd Saad.

Kedua-duanya maut serta merta akibat kecederaan parah di kepala.

Nahas berlaku apabila apabila sebuah treler yang membawa muatan plastik dari arah Pedas-Linggi menghala Kuala Lumpur melanggar bahagian belakang sebuah lori muatan baja yang turut menghala arah yang sama.

Akibat pelanggaran itu treler berkenaan memasuki arah bertentangan dan melanggar lori Pos Laju berkenaan yang dalam perjalanan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menghala ke selatan.

“Pemandu lori dan kelindan Pos Laju berkenaan maut di tempat kejadian manakala sebuah motosikal yang berada di dalam kenderaan itu turut terbakar,” Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Zainal Abu.

Bagaimanapun pemandu treler hanya mengalami cedera ringan namun pemandu dan kelindan lori muatan baja cedera parah.

Semua mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu hingga mengakibatkan kematian.

KOMPILASI XSIDEN 8 MATIManaka di GOPENG, PERAK, empat orang lagi terbunuh dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta dan lori di Jalan Ipoh-Kuala Lumpur, kira-kira 500 meter dari Gua Tempurung.

Semua mangsa dikatakan pelajar penuntut Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) namun identiti  mereka belum dikenalpasti.

Dalam kejadian jam 5 pagi itu, pemandu kereta itu yang dipercayai dari Ipoh menghala ke Kampar, hilang kawalan sebelum merempuh lori membawa muatan tar.

Menurut jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Kampar. pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 5.07 pagi dan terpaksa mengeluarkan semua mayat yang tersepit.

Setengah jam kemudian, satu lagi kemalangan berlaku di JEMPOL, Negeri  Sembilan dan meragut nyawa empat sekeluarga

Kemalangan membabitkan dua buah kereta di Kilometer 18 Jalan Bahau-Keratong berhampiran Ladang Geddes kira-kira jam 5.30 pagi tadi.

Mangsa adalah seorang anggota Tentera dari Port Dickson, bersama isteri dan dua anak perempuannya.

Kejadian berlaku apabila kenderaan Proton Saga yang dipandu mangsa dari arah Bandar Seri Jempol ke Palong terbabas dan masuk ke laluan bertentangan sebelum merempuh sebuah kereta Proton Waja.

Menurut jurucakap Bomba dan Penyelamat, mangsa, Mohd. Fauzan Abu Bakar, 33; isterinya, Nur Hidayah Ngah 29, serta anak mereka, Nur Ain Shahiera 6 tahun dan Nur Aina Shamiera 10 bulan maut di tempat kejadian akibat cedera parah.

Kesemua jenazah mangsa di bawa ke Hospital Jempol untuk dibedah siasat.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 27 February 2014 2:00 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: