Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

14 Wanita UMNO tak boleh tanding semula

Seramai 14 Ahli Jawatankuassa Wanita UMNO Bahagian Kalabakan yang meletak jawatan dua hari lalu kerana tidak puas hati proses pemilihan dalam parti tidak dibenarkan bertanding semula pada mesyuarat agung khas pergerakan itu 30 November ini.

Ketua UMNO Kalabakan, Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh, berkata mengikut Fasal 12.11, Peraturan Pergerakan Wanita UMNO, berikutan peletakan jawatan beramai-ramai iru,  UMNO Kalabakan mengambil alih pentadbiran pergerakan itu sementara menunggu mesyuarat agung khas diadakan.

Beliau berkata, mesyuarat UMNO bahagian itu semalam turut bersetuju menetapkan pemilihan semula hanya membabitkan 14 jawatan AJK yang kosong.

logoumno13“Mesyuarat turut menerima cadangan supaya 14 AJK yang meletak jawatan tidak dibenarkan bertanding semula kerana ada kemungkinan mereka akan letak jawatan sekali lagi jika keputusan pemilihan baru masih tidak berubah seperti Sabtu lalu,” katanya kepada media selepas mempengerusikan mesyuarat itu, di Tawau, Khamis.

Kelmarin, seramai 14 daripada 15 AJK Wanita UMNO Kalabakan yang menang pemilihan sayap itu Sabtu lalu, meletak jawatan sebagai protes terhadap perjalanan proses pemilihan jawatan Ketua Wanita.

Kumpulan terbabit membuat keputusan itu selepas mendakwa banyak perkara meragukan dalam proses pemilihan pergerakan itu yang menyaksikan penyandang Ketua Wanita Bahagian itu, Datuk Hamisa Samat, tewas.

Dalam pemilihan itu, Hamisa yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Batu merangkap Pembantu Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Sabah, tewas kepada Cahaya Sulaiman dengan majoriti 33 undi.

Sementara itu, mengulas status 14 AJK berkenaan, Abdul Ghapur berkata, sehingga semalam pihaknya belum menerima surat rasmi mengenai peletakan jawatan mereka.

Katanya, beliau akan berjumpa Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, dalam masa terdekat bagi memaklumkan mengenai perkara itu.- 17/10/2013

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 18 October 2013 7:40 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: