Kategori Berita Antarabangsa

6 maut, pengebom serang perhimpunan politik di Afghanistan

4 DIS: Sekurang-kurangnya enam maut apabila pengebom nekad bermotosikal merempuh orang ramai dalam satu perhimpunan politik di bandar timur Afghanistan di sini, semalam.

Jurucakap polis wilayah Nangarhar, Hazrat Hussain Mashriqiwal berkata, ketika kejadian, orang ramai berhimpun dalam stadium sukan sebagai tanda sokongan buat Presiden Afghanistan, Ashraf Ghani.

“Enam orang termasuk seorang wanita dan kanak-kanak terbunuh manakala 13 lain cedera,” katanya menerusi telefon.

Menurut AFP, angka kematian itu disahkan jurucakap gabenor wilayah serta pengarah kesihatan awam, mengatakan sesetengah mangsa yang cedera berada dalam keadaan kritikal.

Setakat ini tiada pihak mengaku bertanggungjawab melakukan serangan itu namun wilayah Nangarhar dianggap lubuk militan Daesh yang muncul di Afghanistan penghujung 2015.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 4 December 2017 10:13 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: