Kategori Berita Antarabangsa

15 pemberontak Mesir digantung

26 DIS:  Pihak berkuasa Mesir hari ini mengantung 15 tahanan yang didapati bersalah dalam serangan terhadap pasukan keselamatan di Semenanjung Sinai.

Laporan AFP menyebut kesemuanya digantung di dua penjara, tempat di mana mereka ditahan sejak mahkamah tentera menjatuhkan hukuman susulan serangan di Sinai yang juga kawasan pemberontakan pihak pelampau.

Pasukan keselamatan Mesir sedang berkawal (foto fail).

Ini adalah pelaksanaan hukuman secara besar-besaran yang dilakukan di negara Afrika Utara sejak enam pelampau yang disabitkan dihukum gantung pada 2015.

Hukuman itu seminggu selepas kumpulan militan Islamic State (IS) menyerang sebuah helikopter dengan peluru berpandu anti kereta kebal di lapangan terbang Sinai Utara ketika lawatan menteri pertahanan dan menteri dalam negeri.

Walaupun kedua-dua menteri tidak mengalami sebarang kecederaan, ia menyebabkan pembantu menteri pertahanan dan seorang juruterbang terbunuh.

Sekutu IS Mesir telah membunuh ratusan anggota polis dan tentera dalam serangan di Sinai, dan juga mensasarkan orang awam di tanah besar.

Mesir bergelut untuk mengalahkan pemberontak di Sinai.

Bulan lalu, kumpulan disyaki IS bersenjata menembak lebih 300 jemaah di sebuah masjid di Sinai yang dikaitkan dengan Muslim Sufi, yang dianggapIS sebagai sesat.

Mereka membunuh lebih 100 penganut Kristian dalam kejadian pengeboman gereja dan serangan tembakan sejak Disember tahun lepas.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 26 December 2017 11:51 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: