Kategori Berita Antarabangsa

15 peserta, pegawai hoki ais remaja Kanada maut

8 APRIL: Angka korban kemalangan membabitkan pasukan hoki ais remaja Kanada kini mencecah 15, selepas bas yang dinaiki bertembung dengan sebuah trak di lebuh raya di wilayah ini.

14 lagi dilaporkan cedera dengan sebahagiannya dalam keadaan kritikal, kata Polis Diraja Kanada (RCMP).

Tragedi itu bukan saja mengejutkan ahli keluarga dan kenalan pasukan Humboldt Broncos tetapi turut dianggap kehilangan paling besar kepada komuniti sukan Kanada.

Difahamkan, bas yang membawa pasukan Broncos ketika itu sedang dalam perjalanan menuju ke utara Saskatchewan bagi menyertai perlawanan Liga Hoki Remaja menentang Nipawin Hawk.

Pemandu treler tidak cedera, kata penolong pesuruhjaya RCMP Saskatchewan, Curtis Zablocki pada satu sidang media.

Beliau berkata pemandu itu pada mulanya ditahan, tetapi kemudian dibebaskan.

RCMP meneruskan siasatan dan masih terlalu awal untuk mengulas punca kemalangan itu, tambah Zablocki.

Menurut sumber, Canadian Press melaporkan ketua jurulatih Broncos, Darcy Haugan dan kapten berusia 20 tahun, Logan Schatz, adalah antara yang terbunuh.

Nahas berlaku kira-kira 28 kilometer di utara Tisdale, Saskatchewan semasa bas itu sedang menggunakan lebuh raya 35.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 8 April 2018 11:58 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: