Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

15 terperangkap dalam lif selama 20 minit

11 JUN: Seperti pengalaman menonton filem, 15 orang pengunjung termasuk kanak-kanak berusia tiga tahun terperangkap dalam lif sebuah pusat membeli belah di Seksyen 14, Shah Alam ketika asyik membeli-belah bagi sambutan Aidilfitri.

Dalam kejadian jam 2.10 petang tadi, kesemua mangsa berusia lingkungan tiga hingga 48 tahun diselamatkan oleh pasukan bomba dan penyelamat.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam, Azmel Kamarudin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kes itu pada jam 2.13 petang dan lapan anggota bersama sebuah jentera digegas ke lokasi kejadian.

“Anggota kita tiba di lokasi kejadian kira-kira lima minit kemudian dan mendapati lif itu tersangkut di aras bawah tanah pusat membeli-belah tersebut,” katanya, Ahad.

Azmel memberitahu, pihaknya mengambil masa 10 minit untuk mengeluarkan kesemua 15 pengunjung berkenaan.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 11 June 2017 8:27 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: