Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

1,500 terima sumbangan program Ziarah Kasih Yayasan TH

18 JUN: 1,500 golongan fakir miskin, anak yatim, ibu tunggal, warga emas dan orang kurang upaya yang terpilih di Parlimen Paya Besar menerima sumbangan daripada Program Ziarah Kasih Ramadhan Yayasan Tabung Haji (TH).

Pengerusi TH Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim, berkata program ini bertujuan membantu golongan yang kurang berkemampuan supaya mereka dapat menyambut bulan Ramadan sama seperti insan lain yang lebih bernasib baik.

Sumbangan tersebut diserahkan di Dewan Semai Bakti Felda Sungai Panching Selatan dengan kerjasama Biro Daftar Keahlian.

Turut hadir pada program tersebut Ketua UMNO Bahagian Paya Besar, Datuk Seri Abdul Manan Ismail, Pengarah TH Negeri Pahang Musalimah Mustaffa serta pemimpin masyarakat tempatan.

Program ini telah menjelajah beberapa negeri sebelum ini.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 18 June 2017 6:35 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: