Kategori Berita Utama

151 pesakit HUS terselamat dari rentung

15 FEB: Seorang lelaki hangus terbakar manakala 151 pesakit dari Wad Kanak-kanak dan Wad Umum Hospital Umum Sarawak (HUS) terselamat dalam kebakaran di bangunan Bahagian Kajian Klinikal hospital itu jam 5 petang Sabtu.

Mangsa yang maut adalah seorang pekerja binaan warga Indonesia, manakala semua 151 pesakit berkenaan bernasib kerana sempat dipindahkan oleh kakitangan HUS dengan bantuan keluarga mereka serta orang ramai.

Menurut jurucakap Jabatan Bombba dan Penyelamat, siasatan awal mendapati kejadian kebakaran itu bermula daripada percikan api dari mesin kimpalan yang sedang digunakan oleh pekerja di kawasan tersebut.

Dipercayai percikan api tersebut menyambar longgokan sampah serta seorang pekerja yang berada berhampiran.

ASAP TEBAL...menyelubungi bangunan Hospital Umum Sarawak (HUS) dalam kebakaran petang Sabtu.

ASAP TEBAL…menyelubungi bangunan Hospital Umum Sarawak (HUS) dalam kebakaran petang Sabtu.

“Kebakaran dipercayai melibatkan longgokan sisa sampah dari pembinaan di dalam kawasan tingkat 1 bangunan tersebut dan ianya bagaimanapun tidak melibatkan kerosakan pada struktur bangunan,” kata jurucakap berkenaan.

Blok yang terbakar adalah bangunan baharu HUS yang masih belum siap sepenuhnya.

Dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Padungan dan Batu Lintang dikejarkan ke tempat kejadian selepas menerima panggilan kecemasan jam 5.02 petang tadi.

Api berjaya dikawal sepenuhnya kira-kira 42 minit kemudian pada jam 5.44 petang.-bnbbc.my

Lagi pesakit dari wad kanak2 diselamatkan

Sebahagian daripada pesakit di Wad Kanak-Kanak HUS yang sempat diselamatkan kakitangan hospital dengan bantuan orang ramai.

Pesakit Kanak-kanak diselamatkan

Sebahagian lagi pesakit di Wad Umum HUS yang sempat diselamatkan.

 

Seorang pekerja binaan maut dalam kebakaran di bangunan baru Bahagian Kajian Klinikal, HUS, Sabtu

Seorang pekerja binaan maut dalam kebakaran di bangunan baru Bahagian Kajian Klinikal, HUS, Sabtu.-Foto BH Sarawak

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 15 February 2014 7:00 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: