Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

155 mangsa banjir gelombang kedua di Terengganu pindah

11 JAN: Terengganu mula dilanda banjir gelombang dengan setakat jam 9 pagi Sabtu tiga pusat pemindahan mangsa banjir dibuka di daerah Kemaman bagi menempatkan 155 mangsa daripada 45 keluarga.

Tiga pusat pemindahan terawal itu iaitu ialah Balai JKKK Padang Kubu yang menempatkan 87 orang (26 keluarga), Berek Kilang Padang Kubu (33 orang dari lapan keluarga) dan Rumah Pegawai Sungai Mas (35 orang dari 11 keluarga).

Keadaan bandar Kemaman yang ditenggelami banjir.

Keadaan bandar Kemaman yang ditenggelami banjir.

Kesemua mangsa dipindahkan sejak awal pagi Jumaat, menurut portal Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Kesemua mereka mula berpindah ke pusat pemindahan kira-kira jam 8 pagi berikutan kawasan kediaman mereka yang rendah dinaiki air.

Kemaman adalah daerah paling teruk terjejas ketika kejadian banjir gelombang pertama baru-baru ini.

Sementara itu cuaca buruk dengan angin kencang disertai hujan lebat sekali-sekala dilaporkan di daerah Kuala Terengganu, pagi ini.-bnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 11 January 2014 12:58 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: