Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

159,000 belum tuntut IC, JPN kaji tindakan tegas

11 JULAI: Seramai 159,000 rakyat Malaysia masih belum menuntut kad pengenalan baharu, sehingga ada yang mencecah tempoh dua tahun.

Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Datuk Mohd Yazid Ramli berkata punca utama kepada masalah tersebut tidak diketahui.

“Apa yang saya boleh katakan, semuanya terletak pada sikap individu itu sendiri sama ada mereka ambil berat atau tidak kepentingan dokumen pengenalan diri berkenaan,” katanya selepas majlis perasmian Hab Percetakan Teragih MyKad Negeri Pahang di JPN Pekan, Selasa.

Dalam majlis sama, Yazid menyerahkan kad pengenalan kepada lima penerima yang membuat permohonan di JPN Pekan.

Sementara itu, beliau berkata mengikut peraturan, individu yang gagal mengambil kad pengenalan yang sudah siap, hanya didenda maksimum RM40.

“Bagaimanapun, pihak kami sedang mengkaji untuk mengenakan tindakan yang lebih tegas untuk mengelakkan perkara ini terus berlaku,” kata Yazid.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 11 July 2017 10:48 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: