Kategori Berita Antarabangsa

16 penerbangan tergendala, lapangan terbang Thailand terbakar

26 JAN: Terminal penumpang lapangan terbang Khon Kaen di wilayah Isan timur laut Thailand dilaporkan ditutup selepas berlaku kebakaran awal pagi Jumaat.

Memetik laporan agensi berita Thailand (TNA), kejadian pada jam 5.30 pagi itu dipercayai bermula akibat letupan di sebuah bilik jana kuasa yang terletak di tingkat tiga terminal itu, sebelum merebak ke bahagian lain.

Lebih 10 jentera dikejarkan ke lokasi kejadian dan anggota bomba mengambil masa hampir sejam untuk mengawal kebakaran.

Kejadian menyebabkan kira-kira 2,000 penumpang terkandas dan 16 penerbangan tergendala.

Penerbangan terpaksa dialihkan ke lapangan terbang Udon Thani yang terletak kira-kira 120 kilometer di wilayah Khon Kaen.

Punca kejadian sedang disiasat.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 26 January 2018 4:59 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: