Kategori Berita Antarabangsa

16 polis maut dalam nahas helikopter di Colombia

5 OGOS: Sekurang-kurangnya 16 anggota polis terbunuh di Colombia apabila sebuah helikopter yang sedang menjalankan operasi memburu pengedar dadah terhempas di kawasan hutan terpencil.

Ketika kejadian, seramai 18 pegawai polis di dalam helikopter jenis Blackhawk terbabit dalam operasi memburu kumpulan dadah Usuga yang terbesar di Antioquia, di barat daya Colombia.

Handout picture released by the Colombian Police showing smoke billowing from the site where a Police Blackhawk helicopter went down killing 15 officers and wounding another two, during an operation part of the Agamennon offensive against drug traffickers from the "Usuga Clan", in Carepa, Antioquia department, Colombia on August 4, 2015. AFP PHOTO/Policia Nacional RESTRICTED TO EDITORIAL USE - MANDATORY CREDIT "AFP PHOTO/Policia Nacional" - NO MARKETING NO ADVERTISING CAMPAIGNS - DISTRIBUTED AS A SERVICE TO CLIENTS

Menurut Menteri Pertahanan, Luis Carlos Villegas dua lagi anggota polis cedera dan melecur dibawa ke hospital berhampiran.

“Setakat ini tiada unsur jenayah membabitkan nahas ini,” katanya.

Villegas berkata, kawasan hutan tebal dan membabitkan kawasan pergunungan selain cuaca buruk menyukarkan operasi menyelamat yang bermula jam 5.30 pagi waktu tempatan.

“Pada ketika ini, secara teori helikopter ini menjunam ke kawasan berbukit dengan kelajuan 120 knot atau 180 kilometer sejam serta ada kemungkinan dihalang oleh awan tebal yang rendah,” katanya.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 5 August 2015 10:21 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: