Kategori Berita Antarabangsa

16 tentera AS maut dalam nahas pesawat

11 JULAI: Sekurang-kurangnya 16 terbunuh apabila pesawat tentera terhempas di selatan Mississippi, lapor Cable News Network (CNN) yang memetik sumber pegawai kecemasan tempatan.

Pengarah Pengurusan Kecemasan Daerah Leflore, Fred Randle, berkata semua 16 mangsa yang terbunuh berada di dalam pesawat Kor Marin terbabit.

Terdahulu Media, Clarion-Ledger melaporkan, pesawat milik Kor Marin AS C-130, iaitu sebuah pesawat pembawa bahan bakar terhempas di sempadan daerah Sunflower-Leflore.

Laporan itu memetik kenyataan Pengarah Agensi Pengurusan Kecemasan Mississippi, Lee Smithson sebagai sumber maklumat.

Insiden itu turut disahkan pihak tentera tetapi enggan mendedahkan lokasi kejadian.

“USMC KC-130 terbabit dalam kemalangan yang berlaku pada petang, semalam. Maklumat lanjut akan dimaklumkan sebaik sahaja diterima,” kata Kor Marin dalam satu kenyataan menerusi akaun Twitter.

Sementara itu, jurucakap Pentagon dalam kenyataan berasingan mengesahkan hanya pesawat Kor Marin yang terbabit dalam insiden terbabit.

Difahamkan kejadian itu berlaku kira-kira jam 4.00 petang (waktu tempatan) dan pasukan bomba bertindak menyembur pesawat menggunakan buih sabun untuk memadamkan kebakaran.

Terdapat sesetengah media melaporkan sembilan terbunuh dalam pesawat itu tanpa mengatakan sumber.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 11 July 2017 2:22 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: