Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Kapal peninjau minyak dan gas terbakar

17 APRIL: Sebuah kapal peninjau minyak dan gas, Ocean Geos, dilaporkan terbakar selepas bilik enjinnya meletup kira-kira jam 3 pagi tadi di Perairan Baram, Miri.

Difahamkan, kapal berkenaan membawa 38 anak kapal.

Bagaimanapun, setakat ini, belum dapat disahkan keadaan semua anak kapal berkenaan.

PETRONAS dalam kenyataan medianya mengesahkan kejadian itu dan pihaknya sudah mengaktifkan operasi menyelamat.

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Miri akan mengadakan sidang media di pejabat APMM berhubung kejadian itu.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 17 April 2018 12:39 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: