Kategori Berita Utama

Terima pengampunan diraja, Anwar bebas berpolitik

16 MEI: Ketua Umum Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima pengampunan diraja daripada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V hari ini.

Terdahulu, beliau tiba di Istana Negara pada 11.50 pagi untuk menghadap Agong.

Anwar yang memakai sut hitam dan berkemeja putih ditemani isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali.

Datuk Seri Anwar Ibrahim (tengah) mengadap Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V (kanan) di Istana Negara hari ini

Mereka tiba di Istana Negara, Jalan Duta, kurang 30 minit selepas beliau keluar dari Hospital Rehabilitasi Cheras.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tiba di Istana Negara pada jam 11 pagi tadi.

Satu kenyataan Istana Negara mengesahkan Sultan Muhammad V sudah bersetuju memberi pengampunan penuh kepada Anwar, yang bermakna beliau boleh aktif berpolitik.

Beliau dijangka mengadakan sidang media di rumahnya di Bukit Segambut, petang nanti.

Anwar merupakan pilihan pertama kerajaan PH sebagai calon perdana menteri.

Dr Mahathir, 92, yang merupakan perdana menteri tertua di dunia, akan menyerahkan jawatannya selepas Anwar layak dilantik perdana menteri ke-8.

 

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 16 May 2018 1:23 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: