Kategori Berita Utama

Pisahkan Kementerian Kewangan dari PM: Pemuda PAS

16 MEI: Kerajaan Pakatan Harapan (PH) pimpinan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad diminta mengotakan janji untuk memisahkan sepenuhnya Kementerian Kewangan dari perdana menteri.

Ini supaya selari dengan janji PH untuk menubuhkan kerajaan pusat yang terbuka serta bebas dari konflik kepentingan dan rasuah.

Exco Pemuda PAS Malaysia, Nurul Islam Mohamed Yusoff berkata, dengan kedudukan Lim Guan Eng sebagai menteri kewangan masih lagi tergantung ekoran beliau berdepan dengan perbicaraan kes rasuah, sebarang keputusan dan tindakan penting kementerian akan dirujuk secara terus kepada Perdana Menteri.

“Ini adalah satu lagi cara untuk meletakkan Kementerian Kewangan terus di bawah pengaruh Perdana Menteri?” Soal Nurul Islam melalui kenyataan dalam lidah rasmi parti itu.

Selain itu, beliau turut hairan mengapa Dr. Mahathir boleh mencadangkan nama Guan Eng sebagai Menteri Kewangan sedangkan beliau sedang berdepan perbicaraan kes rasuah.

“Perdana Menteri kemudiannya menjelaskan bahawa tiada nama lain dicadangkan untuk menggantikan Lim Guan Eng dan beliau mesti bebas dari segala tuduhan sebelum boleh menjawat jawatan tersebut.

“Sementara itu, sebarang keputusan dan tindakan penting kementerian akan dirujuk secara terus kepada Perdana Menteri,” katanya.

Katanya, di kala urusan ekonomi dan ketelusan dikatakan menjadi keutamaan kerajaan hari ini, adalah penting agar tugasan Menteri Kewangan dipisahkan sepenuhnya daripada Perdana Menteri.

“Hakikatnya, tradisi Perdana Menteri menjadi Menteri Kewangan bermula dari zaman Dr. Mahathir dan menjadi salah satu sebab utama yang menyebabkan kecelaruan pentadbiran ekonomi negara. Ia tidak boleh diulangi,” tegas Nurul Islam.

Sehubungan itu beliau meminta wakil-wakil rakyat PH, tokoh-tokoh terkemuka yang dilantik dan Jawatankuasa Reformasi Institusi mesti segera membangkitkan isu ini dan membetulkan keadaan yang timbul selari dengan janji untuk menubuhkan kerajaan pusat yang terbuka serta bebas dari konflik kepentingan dan rasuah.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 16 May 2018 11:07 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: