Kategori Berita Antarabangsa

Jongkong emas jatuh dari kapal terbang

16 MAC: Landasan sebuah lapangan terbang di Russia dipenuhi jongkong emas apabila  sebuah pintu pesawat kargo yang membawa 9.3 tan logam itu terbuka ketika berlepas semalam.

Pesawat terbabit sedang berlepas selepas mengisi minyak di lapangan terbang di Yakutsk di Siberia apabila pintunya terbuka dan hampir 200 jongkong emas dari lombong Kupol bertaburan di atas landasan

“Ketika ia semakin tinggi, pintu kargo rosak disebabkan pergerakan kargo dan sebahagiannya bertaburan di atas landasan,” menurut Jawatankuasa Siasatan Russia yang dipetik daripada AFP.

Pesawat berkenaan terpaksa berpatah balik ke lapangan terbang, dan polis segera menutup kawasan itu untuk menghalang penduduk tempatan mengambil jongkong emas.

“Kira-kira 172 jongkong seberat 3.4 tan ditemui.

“Cuma sebahagian yang jatuh daripada kira-kira sembilan tan yang ada dalam pesawat,” kata Kementerian Dalam Negeri kepada agensi berita TASS.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 16 March 2018 2:31 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: