Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

18 ‘tentera’ ditahan, 41 senjata tiruan dirampas

17 FEB: Polis menahan 18 lelaki berusia dalam lingkungan 20 hingga 40-an yang didapati berlatih menembak menggunakan raifal tiruan, di sebuah ladang kelapa sawit di Jementah, dekat Segamat, Johor.

Daripada 18 lelaki yang ditangkap itu, empat orang telah dibebaskan, manakala 14 lagi ditahan reman sehingga Selasa bagi membantu siasatan lanjut.

Sebahagian senjata api tiruan yang dirampas

Sebahagian senjata api tiruan yang dirampas

Dalam serbuan kira-kira jam 2 petang Ahad itu, polis turut merampas 14 senjata api tiruan yang menyerupai senjata sebenar termasuk jenis M-16 dan AK-47.

Portal berita Harian Metro melaporkan, tangkapan itu dibuat selepas polis menerima maklumat daripada seorang pekebun yang kebetulan melalui kawasan tempat kumpulan lelaki berkenaan sedang berlatih.

Difahamkan pekebun itu mencurigai kehadiran kumpulan lelaki yang lengkap berpakaian ala tentera itu berlatih menembak menggunakan senjata tiruan.

Bimbangkan keselamatan penduduk berhampiran, pekebun itu membuat laporan di Balai Polis Jementah sebelum sepasukan polis dihantar bagi melakukan siasatan.

Sumber jurucakap polis dipetik memaklumkan, ketika bertemu kumpulan terbabit, polis dimaklumkan mereka anggota sebuah Kelab Sukan di Johor Bahru dan melakukan aktiviti menembak menggunakan senjata tiruan.

Berikutan itu, polis semua senjata tiruan yang menggunakan bateri dan 18 pakaian ala tentera untuk siasatan lanjut.-bnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 17 February 2014 3:14 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: