Kategori Berita Antarabangsa

19 maut,50 cedera dalam letupan konsert Ariana Grande

23 MEI: Dua letupan dilaporkan berlaku ketika berlangsungnya konsert Ariana Grande di Manchester Arena, UK.

Insiden yang berlaku pada Isnin malam waktu UK meragut nyawa sekurang-kurangnya 19 orang dan mencederakan 50 yang lain, lapor BBC.

Manchester Arena ialah  stadium tertutup di utara bandar Manchester.

Menerusi akaun Twitter Greater Manchester, polis meminta orang ramai agar tidak mengunjungi lokasi berkenaan dan kes sedang disiasat sebagai insiden keganasan, lapor.

Sementara itu rakaman video menunjukkan keadaan kecoh di dalam Manchester Arena apabila ribuan penonton lari bertempiaran selepas mendengar bunyi letupan.

Penyanyi Ariana Grande bagaimanapun dilaporkan dalam keadaan selamat.

Saksi kejadian melaporkan ternampak kira-kira 20 ke 30 orang terbaring di atas lantai dewan di mana letupan diipercayai berlaku.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 23 May 2017 10:20 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: