Kategori Berita Utama

1MDB: Johari selar Gobind soal macam budak sekolah

20 MAC : Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata semua persoalan mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sudah dijawab oleh agensi berkaitan dan beliau tiada hak untuk menukar semua kenyataan tersebut.

Tindakan Ahli Parlimen DAP Puchong, Gobind Singh Deo yang mempersoalkan perkara yang sama berulang-ulang kali di dalam Dewan Rakyat adalah soalan ‘budak sekolah’ dan tidak sesuai dengan status beliau selaku peguam senior.

“Kalau kita lihat penyiasatan kepada 1MDB bukan sahaja dibuat oleh kerajaan Malaysia malah banyak agensi.

“Kamu (Gobind) boleh buat semakan. Apa yang kamu harapkan? Kamu mahu saya tukar semua kenyataan itu di sini (Dewan Rakyat)?

“Saya tidak boleh mengubah kenyataan SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia), Ketua Audit Negara,  Peguam Negara dan PAC (Jawatankuas Kira-Kira Wang Negara). Soalan kamu macam budak sekolah kamu dah jadi peguam senior,” kata Johari ketika menggulung titah Yang di Pertuan Agong bagi kementeriannya di Parlimen pada Isnin.

Bagaimanapun jawapan Johari itu menimbulkan kekecohan di dalam Dewan Rakyat apabila Gobind tidak berpuas hati selepas soalan yang ditanya masih tidak dijawab.

Masing-masing kemudiannya bertegang leher sehinggakan Gobind mendakwa Johari sebagai seorang ‘menteri yang bodoh’.

Kekecohan kemudiannya menjadi lebih panjang apabila Ahli Parlimen DAP Kota Kinabalu, Jimmy Wong mula bertindak biadap cuba mengugut mahu memukul.

Ia berikutan isu yang dibawanya juga tidak dijawab menteri meskipun isu yang dibangkitkan tiada kaitan dengan Kementerian Kewangan selain berniat mengganggu jawapan menteri.

Perkara tersebut kemudian ditegur oleh Timbalan Speaker, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee.

“Kalau isu ini tidak dibahaskan YB (Yang Berhormat) tidak boleh bawa isu ini kepada sesi penggulungan.

“Kalau dibahas menteri pasti dijawab, menteri tunggu kementerian lain menjawab,” katanya.

Tambahnya isu berkenaan SPRM yang cuba dibawa oleh Jimmy belum tiba untuk di jawab kerana ia bukan di bawah Kementerian Kewangan sebaliknya kementerian yang bertanggungjawab adalah Jabatan Perdana Menteri.

Share This:




Berita Bertarikh pada 20 March 2017 7:37 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]