Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

1MDB: Kerajaan Malaysia bimbang kegagalan DoJ merujuk

16 JUN: Kerajaan Malaysia melahirkan kebimbangan ke atas kegagalan Jabatan Keadilan (DoJ) Amerika Syarikat untuk mendapatkan kerjasama daripada pihak kerajaan atau 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berhubung saman sivil yang dikemukakan.

Setiausaha Akhbar, Perdana Menteri, Datuk Seri Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad menyifatkan DoJ tidak sepatutnya menamakan individu serta perkara tertentu yang hanya relevan kepada manipulasi politik domestik dan campur tangan.

“Ini menunjukkan wujud motivasi yang melangkaui objektif untuk merampas aset-aset,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bagaimmanapun, tegas beliau, Kerajaan Malaysia bersedia memberikan kerjasama penuh dengan mana-mana penyiasatan yang sah ke atas syarikat atau warganegara Malaysia mengikut protokol antarabangsa.

“Pihak berkuasa Malaysia sudah melakukan banyak siasatan dan secara menyeluruh membabitkan 1MDB, termasuk oleh badan bebas dan dwipartisan seperti Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara, dan didapati tiada perbuatan jenayah.

“Pada masa yang sama, 1MDB masih lagi disiasat oleh Polis Diraja Malaysia. Jika terdapat bukti berlakunya sebarang salah laku, Malaysia tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan,” katanya.

Menurut beliau sebarang pertuduhan yang belum dibuktikan, tidak sepatutnya dianggap sebagai fakta.

“Dakwaan berkenaan masih belum dibuktikan sehingga mahkamah membuat penghakiman yang memihak kepada Amerika Syarikat.

“Seperti yang sentiasa ditegaskan oleh Perdana Menteri, jika sebarang salah laku dibuktikan, undang-undang akan dikuatkuasakan tanpa pengecualian,” kata Tengku Sariffuddin lagi.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 16 June 2017 11:24 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: