Kategori Berita Utama

1MDB: Seng Giaw tetap yakin Najib tidak terbabit

10 APRIL: Penyandang Parlimen Kepong, Dr Tan Seng Giaw mempertahankan kenyataan terdahulu berkaitan laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) bahawa syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tidak membabitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

“Itu pandangan berdasarkan laporan itu dan saya berpendapat, bukti perlu dikemukakan bagi mengaitkan pembabitan seseorang.

“Kegagalan berbuat demikian akan menjadikan tuduhan itu palsu,” lapor Malaysiakini, hari ini.

Bekas Timbalan Pengerusi PAC itu mengulas kemungkinan kenyataannya itu menjadi punca beliau digugurkan DAP sebagai calon Parlimen Kepong pada PRU14.

Malam tadi, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, mengumumkan Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng menggantikan beliau di Kepong, manakala bekas Speaker DUN Selangor, Hannah Yeo dipilih bertanding di Segambut.

Tambah Dr Tan, beliau tidak kisah punca penggugurannya sebagai calon DAP di Kepong tetapi menegaskan bukti perlu dikemukakan bagi menyokong sesuatu dakwaan.

Pada 2016, laporan PAC setebal 106 halaman berkaitan 1MDB mengesyorkan pihak berkuasa menyiasat bekas CEO syarikat pelaburan terbabit, Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi dan pihak lain yang berkaitan.

Najib yang ketika itu menjadi Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB menegaskan laporan terbabit membersihkan namanya daripada sebarang salah laku.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 10 April 2018 10:59 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: