Kategori Berita Utama

1MDB tidak mampu jatuhkan BN

21 JUN: Penganalisis politik meramalkan Kerajaan Barisan Nasional (BN) akan mempertahankan kuasa selepas PRU-14 sekalipun pelbagai usaha dibuat oleh Pakatan Harapan (PH).

Perkara itu didedahkan oleh Pengarah Pusat Kajian Merdeka Center, Ibrahim Suffian
 dan bekas Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Malaysia, Ong Keng Yong dalam forum anjuran bersama The Straits Times (ST) Singapura dan OCBC Bank yang bertajuk ‘Risiko dan peluang PRU Malaysia baru-baru ini.

Kedua-duanya juga  bersetuju bahawa isu 1MDB tidak mampu menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak serta Kerajaan Persekutuan.

Memetik laporan China Press, Ibrahim juga mendedahkan kos sara hidup akan lebih mendapat perhatian berbanding isu 1MDB dalam pilihanraya umum.

Beliau juga berkata pengundi Melayu dan Islam tidak akan mengundi PH, sebaliknya akan terus menyokong UMNO dan PAS.

“Walaupun rakyat Malaysia terjejas kerana tekanan inflasi ekoran pelaksanaan GST, namun isu tersebut tidak mampu menggugat Kerajaan BN,” kata Ibrahim.

Sementara itu, Keng Yong berpendapat bahawa orang Melayu akan terus menyokong Najib dan UMNO.

Pada masa yang sama, beliau turut menafikan prestasi PM Najib pada kali ini merosot berbanding PRU-13.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 21 June 2017 5:23 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: