Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

2 ahli MPSP dituduh sebar maklumat palsu

21 MAC: Dua Ahli Majlis Perbandaran Seberang Prai (MPSP) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini masing-masing atas pertuduhan membuat dan memulakan penghantaran komunikasi  palsu menggunakan aplikasi Facebook melibatkan Naib Presiden MIC, Oktober, tahun lalu.

  1. M. S atees, 33, dan P. David Marshel, 43, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadap mereka selesai dibacakan di hadapan Hakim Zaman Mohd. Noor.

Mengikut pertuduhan, kedua-dua orang kena saman (OKS) masing-masing didakwa menggunakan perkhidmatan aplikasi Facebook milik mereka telah secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komunikasi yang palsu sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati Senator Datuk T. Mohan, 45, antara pukul 8 pagi dan 12.59 tengah hari, 24 Oktober 2017.

Kedua-dua pautan itu kemudian telah dibaca di Menara Manickavasagam, Jalan Rahmat pada jam 1 petang, hari yang sama.

Pertuduhan terhadap kedua-dua ahli DAP itu dikemukakan mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 233(3).

Akta sama memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas sabitan.-UM

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 21 March 2018 1:51 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: