Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

2 beradik dijangkiti virus Rabies meninggal dunia

4 JULAI: Dua beradik dari Kampung Paon, Sungai Rimu, Serian yang positif dijangkiti virus rabies meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Umum Sarawak (HUS) sebentar tadi.

Menurut Menteri Kerajaan Tempatan negeri, Prof. Datuk Dr. Sim Kui Hian, kematian kanak-kanak perempuan berusia enam tahun dan adik lelakinya berusia 4 tahun disahkan pada pukul 1.43 dan 1.46 petang tadi.

“Kedua-dua beradik ini didiagnosis sebagai mati otak dan ibu bapa mereka bersetuju untuk menghentikan alat sokongan bantuan hidup.

“Seorang lagi kanak- kanak perempuan, berusia tujuh tahun yang turut dijangkiti virus sama dari Kampung Lebur, Gedong, Serian masih dalam keadaan kritikal tahap tiga,” katanya dalam kenyataan.

Sementara itu, tinjauan Utusan Malaysia di HUS, mendapati mayat kanak-kanak lelaki terbabit tiba di Jabatan Perubatan Forensik pada pukul 3.15 petang, diikuti mayat kakaknya pada pukul 4.13 petang.

Sebuah van kemudian dilihat meninggalkan pekarangan Jabatan Perubatan Forensik membawa pulang mayat dua beradik itu ke rumah mereka pada pukul 4.45 petang.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 4 July 2017 6:11 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: