Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

2 juruterbang Hawk 108 terbunuh

15 JUN: Dua juruterbang pesawat pejuang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) jenis Hawk 108 yang dilaporkan hilang jam 11.30 pagi tadi di sempadan Pahang-Terengganu disahkan terbunuh kira-kira pukul 2.30 petang ini.

Mejar Mohd Hasri Zahari dari Bandar Baru Jempol, Negeri Sembilan (kiri) dan Mejar Yazmi Mohamed Yusof dari Kuala Lumpur

Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Jeneral Datuk Seri Affendi Buang berkata, mayat Mejar Mohd. Hasri Zahari, 31, dan Yazmi Mohamed Yusof, 39, berkenaan ditemukan di kawasan berpaya di Chukai, Terengganu.

Beliau berkata, mayat mangsa ditemui 20 meter antara satu sama lain dengan payung terjun masing-masing.

“Kita percaya mereka sempat menarik kerusi anjal ketika pesawat itu mula hilang kawalan.

“Mereka adalah juruterbang berpengalaman dan ini adalah kehilangan besar kepada kami.

“Juruterbang yang meninggal dunia ialah Mejar Mohd Hasri Zahari dan Mejar Yazmi Mohamed Yusof,” katanya.

Mejar Mohd Hasri dari Bandar Baru Jempol, Negeri Sembilan manakala Mejar Yazmi Mohamed Yusof dari Kuala Lumpur.

Kerangka pesawat berkenaan bagaimanapun belum ditemukan.

 

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 15 June 2017 5:00 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: