Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

2 kertas siasatan dibuka terhadap The Star

30 MEI: Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuka dua kertas siasatan terhadap akhbar berbahasa Inggeris, The Star berikutan tajuk dan gambar pada muka hadapan surat khabar tersebut Sabtu lalu yang disifatkan tidak sensitif kepada umat Islam di negara ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, siasatan tersebut akan dijalankan di bawah Akta Hasutan dan Seksyen 298A Kanun Keseksaan.

“Polis juga akan memanggil mereka yang bertanggungjawab dan terlibat dalam menerbitkan muka hadapan akhbar tersebut Sabtu lalu bagi mengetahui sebab dan niat gambar serta tajuk tersebut,” katanya kepada media di Bangunan Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri (BAKTI) hari ini.

Mengulas mengenai dakwaan tiga rakyat Malaysia yang terbabit dalam gerakan militan terkorban dalam pertempuran di selatan Filipina baru-baru ini, Khalid berkata, PDRM masih menunggu pengesahan daripada pihak berkuasa Filipina.

“Menurut mereka (kerajaan Filipina) seramai dua rakyat Malaysia tapi berdasarkan pengetahuan kami terdapat lima orang warga kita terlibat,” ujarnya.

Beliau menambah, PDRM juga masih belum dapat memastikan sama ada bekas pensyarah Universiti Malaya (UM), Dr. Mahmud Ahmad antara rakyat Malaysia yang menjadi orang kanan kumpulan militan di negara itu.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 30 May 2017 2:15 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: