Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

2 mahasiswi UTM dikesan hidap Tibi

7 DIS: Dua mahasiswa Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai, dikesan menghidap penyakit tuberkulosis (Tibi).

Berikutan itu, Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar, Kesihatan, Penerangan dan Pendidikan Johor, Datuk Ayub Rahmat berkata Pejabat Kesihatan Daerah Johor Bahru dan Kulai akan menjalankan saringan terhadap pelajar lain yang sekuliah dengan kedua-dua mangsa.

Tambahnya saringan itu juga akan dijalankan di asrama mangsa di Kolej Tun Fatimah dan Kolej Perdana bagi mengekang penularan penyakit itu.

“Saringan akan dimulakan minggu depan dan siasatan masih dijalankan oleh Bahagian Kesihatan Awam Pejabat Kesihatan Daerah Johor Bahru dan Kulai,” lapor portal atas talian.

Menurutnya  dua pelajar yang dijangkiti penyakit berkenaan sudah diberikan rawatan secara Pengawasan Rawatan Jangka Pendek Secara Terus (DOTS).

“Kita nasihatkan pelajar ini supaya bercuti dan menjalankan pemeriksaan di klinik berhampiran selama enam bulan,” katanya.

Share This:




Berita Bertarikh pada 7 December 2017 7:26 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]