Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

2 mangsa letupan tangki diesel ditemui

4 NOV: Dua daripada tiga mangsa yang hilang dalam kejadian letupan tangki minyak diesel di sebuah kilang simen di Rawang dijumpai hari ini.

Mayat Mohd Ziehafizan Abd Rahman, 28, ditemui pada jam 2.50 petang, manakala mayat kedua dikenal pasti sebagai Zamri Adenan, 35, ditemui jam 4.35 petang tadi.

Dua mangsa letupan tangki minyak  yang berjaya dijumpai.- Foto ihsan Bomba.

Penolong Pengarah Operasi Negeri, Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul berkata gerakan untuk mencari mangsa ketiga, T Baskaran, 49, masih diteruskan.

Tambahnya, usaha memindahkan baki minyak dalam tangki masih dilakukan.

Dalam kejadian petang semalam, tiga pekerja warga tempatan sedang melakukan kerja penyelenggaraan di atas tangki sebelum berlaku letupa yang menyebabkan mereka terjatuh.

Berikutan itu, 750,000 liter diesel dalam tangki berkenaan dipindahkan sejak malam tadi.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 4 November 2017 6:32 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: