Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

2 nelayan bebas selepas sebulan ditahan

28 MEI: Dua daripada lima nelayan Malaysia yang ditahan di Pulau Terempa, Indonesia sejak sebulan lalu susulan dikatakan menceroboh perairan negara itu, selamat tiba di Terengganu.

Fadli Jaafar, 41, dan Abdul Halim Nik, 43, tiba di Dataran Permata Seberang Takir, Kuala Nerus kira-kira jam 12 tengah malam tadi.

Kepulangan dua sahabat itu bukan saja disambut ahli keluarga dan rakan mereka malah Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman turut menunggu sejak jam 10 malam.

Bagaimanapun, tiga lagi rakan mereka Mohd Zaidi Mohammad, 23, dan Abdul Rashid Nik, 52, dari Kampung Seberang Takir serta Firdaus Mohamad, 27, dari Kemaman, masih ditahan.

Pembebasan nelayan berkenaan dibuat hasil rundingan kerajaan negeri menerusi UMNO Bahagian Kuala Terengganu sebaik mereka ditahan 8 April lalu.

Fadli dan Abdul Halim dibawa keluar dari Pulau Terempa oleh Jabatan Imigresen Malaysia dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menggunakan bot laju yang mengambil masa selama 10 jam untuk sampai ke Jeti Tanjung Pinang sebelum dibawa ke Stulang Laut, Johor pada jam 12.30 tengah hari semalam dan meneruskan perjalanan ke Terengganu.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 28 May 2017 10:52 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: